
Sulit
4 tahun
Ketulan di leher yang menyebabkan sakit pada leher sebelah kiri
saya sue berumur 29 tahun saya mengalami masalah ketulan pada leher kiri dan kanan dah lama tapi sejak dua hari lepas ketulan tu mula terasa sakit… saya perlukan nasihat doktor tentang ketulan yang saya hadapi… saya belum pergi membuat check up lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada leher anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - kista mempunyai berbagai jenis seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau pun limfoma
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kalenjar tiroid - boleh membengkak akibat hiper atau hipotiroid
- Abses atau nanah dari jangkitan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.