Sulit
6 tahun
Ketulan di payudara selepas filler
Saya wanita berumur 24 tahun dan pada bulan September saya telah melakukan suntikan filler di payudara. Baru baru ini saya perasan ada ketulan di payudara berdekatan dengan puting di sebesar duit 20 sen. Lembut dan tidak menyakitkan bila saya menyentuhnya. Hanya saja beberapa hari yg lepas saya rasa kram bila mengangkat tangan sebelah kira dan kram tersebut beransur hilang bila saya memakan panadol extend. Adakah ketulan itu berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































