
Sulit
4 tahun
Ketulan lembut dalam lubang faraj
Saya wanita 36 tahun dan sedang hamil 12 minggu, anak kedua. Beberapa hari lepas semasa buang air kecil dan membersihkan discharge yang ada, saya perasan ada ketulan lembut dalam lubang faraj. Ianya tidak sakit dan bukan betul-betul di permukaan faraj, ianya ke dalam sedikit.Tiada pendarahan berlaku atau sebagainya. Disacharge juga biasa seperti kehamilan sebelum ini. Tiada sakit pinggang, tiada sakit di bahagian pelvis dan sebagainya.
Saya ingin tahu apakah ketulan itu kerana beberapa hari lepas juga saya ada mengangkat fail berat di pejabat. Saya panik, adakah rahim saya jatuh, adakah sesuatu berlaku kepada kandungan saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangnan anda pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan kulit sama ada berpunca daripada bakteria, virus atau kulat
- Jangkitan kelamin seperti gonorrea atau sifilis
- Sebaceous cyst (kelenjar peluh yang tersumbat)
- Dermatitis (radang kulit)
- Vaginitis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami amat sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana ianya mengganggu anda dan supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah anda secara peribadi bersama dengan doktor kami. Terima kasih.