Sulit
2 tahun
Ketumbuhan seperti jerawat di kemaluan
Hi saya lelaki berusia 28 tahun. Baru2 ini saya perasan ada ketumbuhan seperti jerawat di bahagian kemaluan saya berdekatan dengan bahagian batang. Ia tumbuh kecil terapi bernanah, saya cuba picit dan berjaya mengeluarkan nanah tapi selepas 2 ke 3 hari tumbuh lagi sebiji. Bolehkah saya tahu apa punca dan apa yg harus saya lakukan.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti HPV, Herpes, Klamidia, Sifilis, Gonorrhea, Trichomoniasis dan HIV.
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.