berjilia.kim
6 tahun
Kitaran haid berpanjangan - Cerazette
HI Doktor, Saya sudah berkahwin dan mengambil ubat perancang keluarga buat pertama kali bulan ini Oct2019. Hari pertama period 7/10/19, aliran biasa dan saya sangka akan tamat pada hari ke 7 haid, tapi ianya berpanjangan sehingga ke minggu kedua. Tiada haid pada 19/20/19. Tetapi pada malam 20/10/19 haid sikit dan bersambung hingga hari ini 23/10/19.
Saya ambil cerazette bulan ini seperti mana disyorkan oleh doktor pakar sakit puan saya. Adakah haid berpanjangan ini disebabkan pil perancang yang saya ambil dan patutkah saya risau atau ini hanya temporary side effect?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat pil hormon yang sedang ambil.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































