
dangsuria01
6 tahun
Kitaran haid tak menentu
Saya wanita berumur 18tahun. Bulan lepas saya tidak period. Tetapi bulan ni saya period dan ianya sedikit tetapi sudah melebihi 2 minggu. Apakah punca dan sebab ianya terjadi? Atau apa yang saya harus lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca kitaran haid tidak menentu, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui apakah punca yang sebenar bagi masalah anda, maklumat lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!