
nurulizza971
5 tahun
Kitaran haid tidak menentu selama 2 tahun
Saya wanita 20an saya tidak datang period selepas berhenti pil perancang hampir 2 tahun saya berhenti pil perancang tetapi period masih tidak stabil walaupun sudah berjumpa dengan doktor lebih dari 3 kali. Doktor hanya beri pil hormon dan saya makan apabila makan pil tersebut saya hanya keluar period selama 7 hari dan saya tak akan period sehingga saya berjumpa doktor lagi. Apa ya sebenarnya masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atauhaid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.