
n_salwa28
5 tahun
Klinik Swasta untuk saringan/test Covid 19
Saya seorang pekerja swasta dari Jabatan Sumber Manusia. Baru-baru ini, beberapa pekerja telah/sedang/akan pergi ke US untuk business trip. Meraka telah dinasihati untuk buat saringan COVID 19 dan self-quarantine selama 1 minggu sebelum dibenarkan mula bekerja. Soalan: Saya ingin dapatkan senarai klinik-klinik swasta yang telah diberi mandat oleh KKM untuk melakukan saringan/test untuk COVID 19 untuk kepastian. Ini kerana, ada klinik swasta di KL yang telah menawarkan khidmat saringan virus COVID 19.Saya juga berharap doktor /pihak KKM dapat memberi guideline tentang kaedah/cara yang akan digunakan untuk saringan/test tersebut. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19 terhadap pekerja yang baru pulang dari US. Buat masa ini, sebarang kes yang disaring bagi ujian covid 19 perlu dirujuk ke klinik kesihatan kerajaan kerana disitu terdapat ruang isolasi yang disedikan khas bagi mereka. Kami tidak mempunyai maklumat tentang klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan saringan dan samada mereka menyediakan ruang isolasi seperti di klinik kesihatan.
Saringan tersebut adalah berdasarkan gejala yang dihadapi pekerja anda dan sejarah penerbangan mereka ke US. Doktor akan menanyakan soalan berkenaan gejala virus tersebut dan memeriksa paru-paru anda. Jika, terdapat kebarangkalian pekerja anda mengalami gejala dan keputusan pemeriksaan paru-paru yang tidak normal, mereka akan dirujuk ke Hospital rasmi yang mengendalikan pesakit COVID19.
Sila klik pada link ini untuk mengetahui panduan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi COVID19 ini.
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini