hanez_1205
4 tahun
Kolesterol dalam darah
Hi doctor…
Saya Hanna berusia 34 tahun.
Pagi ni saya baru buat ujian kolesterol dalam darah.
Keputusannya 5.43 mmol.
Saya tahu itu bukan bacaan yang normal ;(
Doktor juga tidak membekalkan sebarang ubatan pada saya.
Soalan saya :
- Adakah bacaan kolesterol itu meliputi LDL & HDL?
- Bila masa yang sesuai untuk saya buat ujian kolesterol dalam darah pada masa akan datang?
- Bolehkah bacaan tersebut turun dalam masa sebulan?
Thank you so much doctor…
Saya amat menghargai jawapan yang diberikan doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan kolesterol tinggi yang anda terima adalah berkemungkinan bacaan umum kolesterol. Untuk membezakan kolesterol LDL atau HDL, ianya perlu dilihat pada keputusan makmal tersebut. Bacaan kolesterol adalah baik diambil setelah semalaman berpuasa dan diambil waktu pagi bagi bacaan optimum. Bacaan kolesterol boleh dikurangkan dan ianya boleh dikurangkan dalam masa sebulan namun bukanlah secara drastik. Antara langkah mengurangkan kolesterol adalah mengurangkan pemakanan berlemak, tambah serat dalam diet serta ambil makanan seperti oats.
Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan kesihatan dan memerlukan jawapan secara privasi, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.