
Anonymous
6 tahun
Kolestrol tinggi dan sakit dada
Sya wnita brusia 37,sya sring sakit dada tak selesa tarik nafas,bila berdiri rasa nak jatuh dan sering pning.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit dada, antaranya ialah:
- Sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
- Pulmonary embolism/Darah beku dalam saluran darah paru-paru
- Pneumothorax/ Udara terperangkap di antara 2 lapisan yang selaputi paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit otot
- Rasa tertekan/stress/risau
- Pedih ulu hati
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rasa pening. Sekiranya anda mempunyai perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing, ini boleh disebabkan oleh:
- Gangguan telinga dalam
- Perubahan kedudukan/posisi badan
- Mastoiditis (radangan pada mastoid)
- Kurang aliran darah ke telinga tengah disebabkan atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.