
Sulit
3 tahun
Kontak rapat atau kontak kasual
4 hari lepas saya ada bertemu dengan rakan saya. dan sekarang dia telah positif dan baru menunjukkan simptom covid. Sewaktu bertemu dengannya, rakan saya memakai pelitup muka dan berada didalam kereta manakala saya berada diluar kereta dan kami mempunyai jarak serta tidak melakukan apa-apa sentuhan dan pertemuan ini sekitar 10 minit. persoalan saya, adakah saya dikira kontak rapat ataupun kontak kasual?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, kontak rapat adalah individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit positif Covid-19 sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang daripada 1 meter dan tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.
Manakala, kontak kasual bermaksud individu yang berada berdekatan dengan pesakit positif Covid-19 tanpa disedari. Sebagai contoh, anda berada di sesuatu tempat awam pada masa yang sama dengan pesakit positif Covid-19.
Kontak kasual mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan kontak rapat untuk dijangkiti virus ini. Berdasarkan penerangan anda, anda tergolong dalam kategori kontak kasual. Oleh itu, anda tidak perlu menjalankan kuarantin. Namun, kami menasihatkan anda untuk memantau tahap kesihatan anda selama 14 hari dan jika anda mengalami gejala seperti demam, batuk, sesak nafas atau sakit tekak, sila rujuk kepada klinik berdekatan dengan kadar segera. Saranan kami untuk anda adalah untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan tangan.
Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini