Anonymous

5 tahun

Krim sapu apayang sesuai untuk penyakit kulit ini?

Assalammualaikum, sya nak bertanya tentang krim sapu mana yang sesuai untuk penyakit kulit saya ini. Benda nie baru saja terjadi pada saya…di celah peha saya mengalami kegatalan dan ada tumbuh bulat merah. Di sekeliling bulat tu berwarna merah… saya pasti ia bukan kurap. Mungkin jangkitan kulat…sekarang saya risau kerana di bawah buah dada saya baru tumbuh sama. Sebesar 5sen… apa harus saya buat untuk untuk pulihkan… malu pulak pada suami… nak pergi klinik saya rasa malu pada doc. Saya gambarkan contoh yang berlaku pada saya.

Waalaikummussalam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Mengikut apa yang digambarkan oleh anda, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa anda mengalami kurap. Ini kerana ianya mendatangkan kegatalan pada celah paha dan mempunyai bentuk bulat yang kemerah-merahan. Antara punca lain yang menyebabkan perkara ini selain kurap adalah psoriasis, dermatitis dan jangkitan kulat kandidiasis.

Bagi keadaan yang berlaku di bawah buah dada anda pula, ia juga boleh disebabkan oleh kurap ini. Walauabagaimanapun, adalah penting untuk anda cuba mengetepikan rasa malu dan segera berjumpa dengan doktor di klinik ataupun hospital. Pemeriksaan akan dilakukan dengan cara yang menjaga privasi anda jadi anda tidak perlu berasa risau akan keadaan itu.

Untuk jangkitan kurap, selain ubat-ubatan, adalah penting juga untuk anda memastikan kawasan yang terlibat tidak mempunyai kelembapan yang tinggi atau peluh yang banyak. Sentiasalah memakai pakaian yang longgar dan setiap kali selepas mandi, pastikan anda mengeringkan bahagian-bahagian tersebut. Ini kerana semakin lembap sesuatu kawasan, semakin senang fungus yang menyebabkan kurap tersebut untuk merebak dan membesar.

Antara ubat sapu antifungal yang boleh dibeli dengan mudah di kaunter farmasi pula adalah krim sapuan azole, butenafine, allylamines dan ciclopirox. Ubat-ubatan ini kebiasaanya sungguh berkesan bagi membasmi kurap ini. Selain itu, anda juga digalakkan untuk melihat di sekitar bahagian badan yang lain khususnya kuku, jari tangan dan jari kaki kerana kadangkala kurap di bahagian paha boleh bermula dari bahagian yang dinyatakan.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda. Penyakit kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan only kulat yang dikenali sebagai dermatophyte. Terdapat tiga jenis dermatophyte yang menyebabkan kurap iaitu Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton.

Kulat-kulat ini bukan sahaja menjangkiti kulit tetapi juga menjangkiti kuku dan rambut. Tanda-tanda jangkitan kurap di kulit ialah plak kemerah-merahan yang bersisik, bintik-bintik merah, bisul-bisul halus dan gelang kemerah-merahan. Penyakit kurap seringkali sukar dikenal pasti kerana terdapat beberapa penyakit kulit lain yang mempunyai tanda-tanda yang serupa. Antara penyakit yang menyerupai kurap ialah:

• Psoriasis
• Discoid eczema
• Urtikaria
• Bowen’s disease
• Kusta
• Sifilis sekunder

Penyakit kurap dirawat dengan ubat anti-kulat. Sekiranya kurap hanya melibatkan kawasan yang kecil, ubat sapuan krim adalah yang paling sesuai. Teknik sapuan krim juga harus betul, ubat perlu disapu di atas plak dan melebihi sempadan kurap untuk memastikan jangkitan tidak berulang. Jika kawasan yang dijangkiti adalah luas dan banyak, ubat anit-kulat pil atau kapsul adalah pilihan yang lebih baik.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)