
Sulit
3 tahun
Kudis atau alahan hama?
Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya menyedari saya menghadapi sebuah penyakit yang saya tidak tahu apa. Tandanya gatal pada lengan, kaki dan perut. Kegatalan pada awalnya merah ii dan kelamaan menjadi bintik hitam. Di siku pula pada awalnya terdapat bekas kegatalan yang mula menghitam. Tiba ii bekas tersebut menjadi biji ii kecil dan gatal. Saya dh berjumpa 3 krg doktor dan mereka mengatakan saya dengan pelbagai penyakit seperti alahan, kura dan hiv. Saya hanya meletak gel alovera sahaja sebelom tidur sebagai jalan penyelesaian terakhir saya. Segala ubat yg diberikan tidak membuahkan hasil. Saya menyedari penyakit ini merebak setelah berpindah bilik di asrama yang baru dibuka. Adakah saya kena alahan hama katil? Atau kudis buta. Apakah ubat yang disarankan untuk diambil atau krim losyen yg disarankan

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami bahawa anda mengalami kegatalan pada lengan, kaki dan perut yang menjadi hitam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak perkara dan kami memerlukan maklumat tambahan serta melihat pada bahagian kegatalan tersebut untuk mengenal pasti punca masalah anda. Seperti yang anda sedia maklum, kemungkinan hama katil atau kudis buta menyebabkan masalah anda. Selain itu, ketuat atau folliculitis juga boleh menjadi punca masalah anda.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar kulit supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan yang tepat dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda di sini!