
Sulit
5 tahun
Kuku ibu jari kaki berlekuk
Saya mengalami masalah kuku ibu jari kaki kiri berlekuk. Pada awalnya saya ingatkan ianya hanya lekuk biasa tetapi lebih sebulan lekuk itu masih ada. Ap yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kekeliruan anda mengenai bentuk ibu jari berlekuk. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma
- kekurangan sel darah merah
- jangkitan kulat
- kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.