
Sulit
4 tahun
Kuku rosak sejak kecil
saya remaja lelaki berumur 20 tahun, sejak saya berumur 3-4 tahun, kesemua kuku jari tangan belah kiri saya rosak dan reput kemungkinan fungus, saya tidak tahu dan lupa apa puncanya kerana pada waktu itu saya kecil lagi. sekarang saya 20 tahun hanya tinggal 2 kuku jari tangan kiri (jari manis dan kelinking) sahaja. yang lain sudah pulih dan normal walaupun mengambil masa berbelas tahun.namun yang dua ini susah nak baik walaupun saya sudah konsisten pakai ubat “emtrix”. beberapa bulan yang lepas kuku baru sudah terbentuk dan nampak normal tapi selepas beberapa minggu ia rosak dan reput semula. boleh doktor syorkan bagaimana cara merawat dan penjagaan serta ubat apa yang paling bagus untuk merawat masalah kuku tangan saya ini? Terima Kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kenyataan yang diberikan oleh anda adalah rumit dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan bantuan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit dan kuku anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.