Sulit
3 tahun
Kulat pada kaki yang makin lama makin pendek dan berjankit ke jari lain
doc, saya mengalami fungus pada jari kaki dan tgn.Sekarang saya buntu memikirkan cara merawat selain guna ubqt moden.Bolehkah saya guna cara lain contohnya guna cuka,baking soda,minyak kelapa dll.Saya tidak mahu kehilangan jari saya yang semakin pendek.Mohon pencerahan dgn lanjut.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saya tidak dapat mengulas lanjut mengeai kaedah rawatan seperti yang anda senaraikan di atas. Hal ini kerana, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk medapatkan diagnosa derta rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.