
Sulit
3 tahun
Kulat pada ketiak..gatal2 dkemaluan dan batuk yg kuat
Sya rosliza umur 34thn…pesakit covid 19…baru 2hari self kurantin… Najis sya berwarna itam… Ketiak saya timbul kulat dan sya juga penghidap kencing manis dan darah tggi… Mcm mana nak mgatasi semua nie doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap gejala yang dialami oleh anda, lebih-lebih lagi anda merupakan pesakit COVID-19 dan ini membataskan lagi pergerakan anda. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Berdasarkan kenyataan anda, gejala kulit yang dialami oleh anda boleh disebabkan oleh beberapa punca, seperti:
- Penjagaan kebersihan kulit yang tidak memuaskan
- Memakai pakaian yang terlalu ketat atau lembap
- Jangkitan kulat
- Kelenjar peluh tersumbat dan mengalami keradangan menyebabkan gatal-gatal
Najis hitam yang disebutkan oleh anda memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut dan kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.