
azmye01
3 tahun
Kulit bengkak dan gatal
Saya mengalami badan gatal yang bengkak ketika berpeluh atau ketika waktu tidur.Kawasan yang terlibat di bahagian punggung,badan kaki.Cuma saya perhatikan kerap berlaku ketika tidur malam.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kegatalan di waktu malam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.