
Anonymous
4 tahun
Kulit bibir menjadi putih setelah kena air
Hello,doktor saya nak tanya tentang bibir.kulit bibir saya menjadi putih setelah kena air dan mengelupas dengan sendirinya. Dah berulang kali menjadi macam ni. Mintak jawapan dari doktor cara untuk mencegah… terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bibir yang terkelupas / kering terjadi apabila kurang minum air, cuaca sejuk dan kering, terdedah cahaya matahari atau kekurangan makan. Anda disarankan untuk mengelakkan dari :
- menggigit dan menjilati bibir
- Hindari merokok
- Kurangi minuman berkafein
- Banyakkan minum air
- Lindungi bibir dari cahaya matahari dengan menggunakan lipbalm atau lipstick yang mengandungi sunblock
- Membuang kulit mati dengan menggunakan madu atau minyak zaitun dengan cara menggosok dengan perlahan untuk mengelakkan luka
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.