
Sulit
4 tahun
Kulit kegatalan dan berair. pelbagai ubat telahpun dicuba
saya wanita berumur 20an. saya mengalami pdnyakit kulit sejak berada di tingkatan 2 lagi. kulit saya kegatalan dan berair apabila cuaca panas. apabila saya period, kegatalan itu terjadi pada kulit di bahagian buntut saya hingga menyebabkan iritasi yang teruk dan sakit kerana pemakaian pad dan suhu yang panas pada bahagian buntut. pelbagai ubat telahpun dicuba namun baik sekejap sahaja kemudian ianya datang balik. ianya merebak di kaki. tepi telinga, telinga. lengan dan bahagian buntut saya. tolong saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Dermatitis
- Cacar air atau chicken pox
- Reaksi alahan atau ubat
- Ekzema
- Penjagaan kulit dan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda telah mencuba pelbagai jenis ubat, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar supaya pemeriksaan dan siasatan lanjut dapat dibat dan seterusnya rawatan dapat diberikan kepada anda…
Buat masa ini anda boleh lakukan perkara ini untuk mengurangkan gejala yang dialami:
- Sentiasa memakai pelembap kulit dan pastikan kulit anda tidak terlalu kering
- Elakkan daripada memakai pakaian terlalu ketat atau kain yang tidak sesuai dengan kulit anda
- Meningkatkan penjagaan dan kebersihan kulit
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.