
Anonymous
5 tahun
Kulit kemaluan mengelupas
Saya mempunyai masalah kulit mengelupas pada bahagian zakar dan kepala zakar. Sebelum ini, saya pernah di jangkiti kulat pada sekitar celahan paha dan sedikit bahagian di batang zakar. Setelah menggunakan krim yang di berikan oleh doktor, penyakit kulat telah sembuh. Baru-baru ini, saya berasa gatal semua pada bahagian yang pernah di jangkiti kulat di celahan paha. Tetapi kali ini kulit di bahagian batang zakar mengelupas sedikit, hanya beberapa tempat sahaja bukan keseluruhan bahagian zakar. Kulit di kepala zakar juga mengelupas tetapi hanya beberapa tempat. Setelah membuang kulit yang mengelupas, ia kembali baik semula dan bahagian lain pula yang mengelupas. Saya tidak merasa gatal pada bahagian yang mengelupas pada zakar tetapi rasa tidak selesa apabila melihat kulit pada zakar mengelupas terutama bahagian kepala zakar. Adakah kulit mengelupas tersebut disebabkan kulat atau penyakit kulit? Apakah rawatan yang sesuai untuk merawat kulit yang mengelupas ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kulit yang mengelupas pada bahagian zakar serta paha anda mungkin disebabkan oleh:
- Kesan ubat sapuan tersebut
- Kekeringan akibat sapuan ubat
- Alahan
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Antara langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengetahui punca sebenarnya. Langkah-langkah pencegahan termasuk:
- Pemakaian krim anti-radang
- Berlembut dengan kulit anda - tidak menggarunya
- Sentiasa terhidrasi
- Pemakaian seluar dalam yang lembut dan serap peluh
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau membimbangkan kehidupan seharian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.