
nrd.lily01
5 tahun
Kulit kering, gatal dan menggelupas
Saya gadis berumur 18 tahun, saya mempunyai masalah kulit yang sangat kering di sekitar leher sehingga ke paras bawah payudara, kadang-kadang saya juga akan berasa sangat gatal di kawasan tersebut. Pelbagai jenis mandian Dan ubat dari farmasi yang telah saya cuba, mohon penjelasan yang lebih lanjut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, besar kemungkinan anda mempunyai alahan pada material baju atau bahan pencuci anda atau pada peluh dan jenis serius. Oleh itu, anda memerlukan ubat alahan yang lagi kuat dan bawah preskripsi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.