
Anonymous
5 tahun
Kulit mengelupas dan sakit perut
Saya lelaki melayu 28 tahun. Tidak merokok. Mengalami kulit mengelupas di lengan kiri hingga ke bahu dua hari lepas. Diikuti dengan mengelupas di bahu kanan sehari lepas. Ini meninggalkan kesan discolouration seperti white patch di bahagian tersebut. Dalam sebulan kebelakangan ini, saya mengalami tidak sedap badan iaitu bisa seluruh badan, sensitif pada suhu panas dan sejuk. Saya juga merasakan pedih dalam bahagian perut. Tidak mengalami diarrhoea yang teruk. Hanya dua kali sehari ke tandas untuk BO. Stool sedikit cair, tidak berdarah atau gelap. Tidak demam, mual, loya atau muntah setakat ini. Saya bimbang adakah perlu TRO leprosy atau stomach cancer.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kulit badan mengelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sunburn
Kesan Terbakar daripada Bahan Kimia
Rawatan topikal
Kekeringan
Alahan
Penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dan dermatitis seborrheic
Untuk mengetahui punca masalah kulit mengelupas dan masalah lain yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.