
Sulit
4 tahun
Kulit merah dan gatal selepas terkena cahaya matahari kurang dari 5 minit. apa perlu saya lakukan dan ubat untuk mengurangkan kegatalan ini
kulit saya akan kemerahan dan gatal selepas terkena cahaya matahari. Sebelum ini saya pernah mengikuti aktiviti kawad selama 3 tahun. saya perasan kulit saya kemerahan dan gatal pada tahun 2016. ini menyebabkan aktiviti harian saya terganggu

4 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dermatitis Kontak Alergi
- Alahan ubat
- Steven Johnson Syndrome
- Toxic Epidermal Necrolysis
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.