
Sulit
3 tahun
Kulit merah dan gatal2
Saya wanita berumur 21 thun . Sy mengalami tompok merah yang sanggt pekat selepas digigit sesuat tpi sy x thu binatang apa. Tompok merah itu terasa gatal kalau digaru.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kerisauan dan ketidakselesaan anda berkenaan kulit gatal dan bertompok merah.
Umumnya gejala gatal dan tompok merah tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.