lyaenasyahirah
6 tahun
Kulit muka bermasalah
Saya wanita dalam 20an dan saya mengalami masalah jerawat tapi dekat muka saya bukan jerawat tapi milia… apa itu milia??? Macam mana nak hilangkan milia?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah milia ini adalah bintik-bintik putih yang disebabkan pertumbuhan kista-kista kecil yang mengandungi keratin dan tidak berbahaya. Ia boleh disebabkan trauma/kecederaan, kesan ubat mahupun penyakit seperti SLE. Milia tidak perlu dirawat kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dalam masa beberapa minggu/bulan. Beberapa kaedah boleh digunakan bagi mengatasi masalah milia ini seperti:
- Kryoterapi
- Ubat yang mengandungi retinoid
- Rawatan lazer atau ablasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































