
Sulit
4 tahun
Kulit muka bertompok putih
Saya berusia 23 tahun. Sudah 3 minggu saya mengalami tompok putih di bahagian kanan pipi saya. Saya tak pasti sama ada itu panau atau tidak. Sekiranya ia panau. Selamatkah untuk saya menggunakan bahan amali seperti bawang putih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tompok putih di bahagian pipi kanan. Untuk makluman anda,tompok putih di wajah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat pitiriasis versikolor
- Ptyriasis alba (apabila kulit bereaksi terhadap cahaya matahari atau alergen lain)
- Vitiligo
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Memandangkan terdapat risiko jangkitan, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda tidak disarankan mencuba bahan bawang putih tersebut pada wajah sebelum mengetahui punca sebenar masalah ini dan pemeriksaan komprehensif keatas kulit anda. Hal ini bagi mengelak berlakunya sebarang komplikasi yang tidak diingini pada kulit wajah anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih