
Sulit
5 tahun
Kulit muka pedih dan mengelupas
hai doktor …saya nak tanya pasal kulit muka saya…kulit muka saya pedih dan mengelupas akibat saya tslah pkai produk…ia mengakibatkan kulit mnjadi kering…kulit akn mnjdi pedih ktika bpeluh dan kna matahari…apa yg plu saya buat??kalau saya nak ganti skincare yang baharu,plu jarakkan tak dari skincare yg lma

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pihak kami menyarankan anda berehat sebentar daripada menggunakan sebarang produk kecantikan. Jika kulit anda terlalu kering, anda disarankan untuk menggunakan pelembap yang bersesuaian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.