
Anonymous
6 tahun
Kulit rambut bermasalah dan botak
Saya berumur awal 30an mula mengalami masalah rambut selepas melahirkan anak ke 2. Mulanya kulit kepala rasa sakit bila di sisir mahupun di cuci. Lama kelamaan rambut semakin gugur dan kulit kepala terasa pedih. Seperti kulit hangus. Sekarang sudah 3 tahun rambut saya gugur secara bertompok. Alopecia areata rasanya namanya. Sekarang ada 3 tompok di tengah, tepi kiri dan kanan. Sekarang sakit kulit kepala sy berulang dan saya sangat takut tompok itu membesar. Apa yg perlu saya buat doc? Saya risau ada penyakit lain selain kulit kepala kerana bila sakit sy mengalami pening pada masa yg sama…
Apakah faktor rambut saya begini?
Sekiranya keturunan family saya takda masalah serupa…
Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh encik. Keguguran rambut dalam kalangan lelaki adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita . Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kekebasan di anggota badan kita termasuklah:
genetik
infeksi kulat
Iron deficiency anaemia
Syphilis
dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
Alopecia areata
Drug-induced alopecia
Male pattern baldness
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih