Sulit
5 tahun
Kulit saya kering gatal dan sakit selepas mengenakan suntikan depo
sy baru bersalin d berikan suntikan perancang@depo setelah mendapat suntikan tersebut,kulit sy mula kering naik jerawat bintik hitam dan skrg bibir sy mengalami dermatitis yg sangat teruk apakah rawatan yg baik utk bibir sy ini? dan sy ada membaca d googlr kemungkinan berlakunya dermatitis sbb perubahan hormon sy selepas menggunakan suntikan.ya betul,perubahan yg sangat drastik kpd diri sy.
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gatal di sekitar mulut. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut seperti evaluasi keadaan kulit anda adalah diperlukan. Bagi rawatan seperti krim atau ubat-ubatan, perlulah berdasarkan punca yang menunjang masalah ini. Namun, bagi masalah kulit kering, anda boleh mencuba untuk meminum air secukupnya setiap hari selain makan makanan yang seimbang. Sekiranya masalah tetap tidak selesai, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































