
Sulit
4 tahun
Kulit sensitif tatau
Saya wanita yang sudah berkahwin dan berat badan saya semakin bertambah dan saya perasan saya mengalami kulit sensitif sejak berat badan saya Naik. Saya nak Tanya adakah berat badan Naik boleh menyebabkan kulit saya menjadi sangat sensitif?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Secara umumnya kulit sensitif boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan penyebab, antaranya:
- gangguan alahan / atopi
- gangguan dermatitis kontak iritan
- gangguan dermatitis kontak alergi
- faktor genetik
- faktor obesiti
- faktor cuaca / persekitaran
- dan lain-lain
Namun kulit sensitif yang berulang atau keterlaluan boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- kulit kemerahan
- kulit merekah
- gatal / sakit
- kulit berubah bentuk
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).