Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kurang garam dalam badan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Disember 6, 2019 12:51 AM

miradel.ar3 7 bulan

Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan.
Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun.

Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut?
Sekiranya pening dan kebas2 berlarutan hampir seminggu selepas didiagnos dan makan ubat yang doktor berikan, apakah tindakan yang perlu diambil?

Terima kasih, doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, penyakit kurang garam boleh menyebabkan tekanan darah rendah sehingga memberi gejala seperti:

  • pening
  • pitam
  • kebas
  • mual/loya
  • letih/lesu

Pemakanan terbaik yang disarankan untuk anda adalah:

  • makanan bergaram
  • minum air yang mencukupi

Sekiranya gejala anda berlarutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kemungkinan ubat yang diberikan tidak sesuai atau memerlukan dos yang berlainan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Dec 06 2019 00:51:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Hipotensi dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Anonymous
Pitam selepas duduk terlalu lama Saya remaja berumur 17 tahun . Saya selalu pitam selepas duduk atau mencangkung terlalu lama. Apa sebenarnya masalah saya? Baca lagi...
13 bulan
medina
Sering pitam dan pengsan Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
kasmah.akup
Sakit dada sebelah kiri ketika bernafas Saya ppuan usia 38 thn… Sy xde sejarah keluarga sakiy jantung, dn saya jugak tdk ada darah tinggi db kolestrol pun ok…cuma saya ada migrain dn sakit kt pinggang sebelah belakang apabila sy terlampau l… Baca lagi...
15 bulan
nisaa
Tekanan darah rendah ni sebab kanser ke? Doktor, tekanan darah rendah ni sebab kanser ke? Baca lagi...
17 bulan
Anonymous
Rasa nak pitam tiba tiba Saya wanita berumur 21 tahun, saya nak tanya kenapa saya tiba tiba rasa nak pitam tapi sebelum ni tak pernah rasa nak pitam atau pitam. Saya berdarah O dan tak cukup hemoglobin. Adakah ia berkaitan ? Baca lagi...
13 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi