Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tekanan Darah Rendah Selepas Bersalin

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 23, 2020 10:56 AM
Sulit 2 bulan

Saya wanita berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya kehilangan 2 liter darah selepas melahirkan anak yang pertama pada 2016 dan menerima 4 beg darah. Selepas mengalami tumpah darah selepas melahirkan anak pertama, saya mengalami tekanan darah rendah sehingga hari ini. Tekanan darah saya sekitar 90/47 dan hal ini menganggu urusan harian saya kerana saya mengalami sakit kepala dan melayang selepas bangun daripada duduk. Adakah rawatan atau ubat yang boleh saya gunakan untuk merawat masalah ini? terima kasih

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.

Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg. Manakala, tekanan darah rendah yang bacaan kurang dari 90/60 dan memerlukan rawatan/pemerhatian doktor.

Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:

  • Ortostatik
  • Neural
  • ‘Shock’

Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:

  • Dehidrasi
  • Mengandung
  • Masalah jantung
  • Anaemia
  • Jangkitan kuman

Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini. Hipotensi neural pula berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Hipotensi disebabkan ‘shock’ pula adalah tanda klinikal utama apabila seseorang mempunyai sepsis atau jangkitan kuman yang teruk ataupun pendarahan yang berlebihan.

Anda berkemungkinan mempunyai kekurangan sel darah merah sehingga menyebabkan kekurangan kadar oksigen di otak. Anda haruslah memakan makanan yang berkhasiat dan boleh meningkatkan sel darah merah seperti sayur- sayuran dan buah- buahan.

Sayur- sayuran seperti beetroot, kangkong, bayam dan sawi boleh meningkatkan bolangan sel darah merah. Kakak anda juga haruslah memakan makanan yang kaya dengan zat besi.

Zat besi boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu zat besi heme dan zat besi non-heme. Zat besi heme boleh didapati dalam makanan seperti:

  • Daging merah (daging lembu atau kambing)
  • Ikan
  • Kerang

Sementara zat besi non-heme boleh didapati dalam makanan seperti:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Kekacang
  • Buah-buahan seperti delima

Selain itu, anda juga harus mengambil vitamin seperti:

  • Vitamin C
  • Vitamin B12

Antara makanan yang sesuai mereka yang menghidap tekanan darah rendah ialah dengan pengambilan kafein seperti kopi kerana ia menyebabkan peningkatan darah secara mendadak secara sementara.

Selain itu, pengambilan garam yang lebih juga digalakkan. Pengambilan air yang mencukupi juga adalah penting kerana ia meningkatkan isipadu darah dan mengelakkan dehidrasi.

Pengambilan makanan dalam kuantiti kecil secara kerap dan mengelakkan jarak masa yang lama antara pengambilan makanan juga boleh membantu.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

hipertensi%20(1)

Dikemaskini pada: Thu Apr 23 2020 10:56:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi