Sulit
3 tahun
Kurang pendengaran dan ubat titik telinga
Hi, saya nk tny, sebelum ni saya ada jumpa doktor untuk masalah pendengaran, dan doktor berikan ubat titik untuk telinga… adakah dengan hanya titik selesai masalah? Atau selepas seminggu saya perlu jmp doktor semula?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah kurang pendengaran boleh berlaku akibat masalah kesihatan yang serius atau sebaliknya. Saya perlu mengetahui maklumat lanjut untuk mengetahui punca masalah pendengaran anda. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis ubat titis yang berada dalam bidang perubatan. Jika telinga anda mengalami kurang pendengaran akibat tahi telinga yang keras, ubat titis boleh mencairkan tahi telinga anda. Jika anda mengalami jangkitan telinga, terdapat ubat titis jenis antibiotik yang boleh digunakan untuk merawatnya. Maka, punca masalah yang anda hadapi perlu dikenalpasti. Untuk makluman anda, telinga tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otitis media iaitu keradangan telinga tengah biasanya melibatkan gegendang telinga, akibat jangkitan
- Otitis externa iaitu keradanagan telinga luar biasanya menyebabkan sumbatan akibat daripada liang telinga yang membengkak
- Furunculosis adalah jangkitan kuman pada pembukaan liang telings
- Surfer’s ear adalah apabila tulang telinga bertumbuh secara berlebihan
Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan rawatan yang diberikan doktor anda. Jika masalah masih berlanjutan, anda mungkin memerlukan rawatan jenis lain atau berjumpa dengan doktor pakar. Saya boleh membantu anda membuat surat rujukan untuk berjumpa dengan doktor pakar jika perlu.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.