
Sulit
5 tahun
Kurang Pengambilan Kalsium Untuk Cegah Osteoporosis
Saya wanita berumur 52 tahun. Saya seorang yang sangat tidak suka minum susu. Apakah nasihat doktor bagi hal ini sekiranya saya ingin elakkan osteoporosis memandangkan saya wanita umur melebihi 50 tahun? Patutkah saya makan supplement kalsium?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sumber kalsium adalah tidak terhad kepada susu sahaja. Melalui diet yang seimbang, kalsium boleh ditemukan dari:
- sayuran hijau seperti brokoli, kubis dan bendi
- kacang soya, tahu
- kacang
- roti
- dan lain-lain
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.