
Sulit
3 tahun
Lambat datang haid tapi UPt negatif
Assalamualaikum doktor. Saya mengalami kelewatan haid selama 20 hari termasuk hari ini (berdasarkan My Calander khas untuk perhitungan haid secara tepat). Saya tak pernah terlepas untuk menandakan dalam apps My Calender tersebut sekiranya saha datang haid setiap bulan. Kebiasaan nya saya hanya lewat sehari atau dua sahaja. Selama ni period setiap bulan mcm biasa. Akan tetapi, saya telah cek UPT sebanyak 2 kali (dalam tempoh 20 hari lewat peiod ; hari ke 11 & 16 dalam tempoh lewat haid ) tapi dua UPT tersebut negatif. Saya kerap mengalami sakit/krem di perut, keputihan (sehingga mengeluarkan bau & warna kurang menyenangkan), terbatuk/terbersin hingga mengeluarkan percikan air kecing sedikit , jika terbatuk, terasa macam ada ketulan atau benda keras & sakit sedikit di bahagian perut. Dalam masa yang sama. Saya turut merasa perubahan emosi (kuat marah & asyik menangis) sehingga menjejaskan aktiviti harian saya. Harap doktor dapat bantu saya. Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid datang lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- mengambil pil perancang kehamilan
- masalah PCOS
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.