Sulit
4 tahun
Lambat haid selama 12hari
last period adalah 23/9/2021-27/9/2021…ada melakukan hubungan pada bulan 10.Haid pada october akan bermula pada 26/10/2021,tetapi sehingga 12/11/2021 saya belum lagi datang haid…sudah lewat 11 hari,dah buat preganant test 3 hari lalu sebanyak 3 kali pregnant test di buat termasuk clearblue dan jenama lain,tapi semua keputusan adalah negative.Adakah saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























