Anonymous
4 tahun
Lambat period 3 bulan
ubat rigevidon dengan norcutin apa beza??
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pil norcutin tablet adalah sejenis pil yang biasanya digunakan untuk tujuan merawat haid tidak teratur, haid sakit atau haid yang banyak. Ia juga boleh digunakan sebagai pil perancang kehamilan. Biasanya pil ini diambil sebanyak 2 atau 3 biji sehari. Kesan pengambilan pil ini adalah berbeza bagi setiap wanita yang mengambilnya.Manakala, Rigevidon dalah pil perancang keluarga seharusnya diambil setiap hari mengikut arahan doktor. Jika pil perancang ini tidak diambil setiap hari, maka pil ini adalah tidak berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil perancang ini juga tidak berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil selepas setiap kali mengadakan hubungan kelamin.
Sebelum mengambil ubat tersebut anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih