
Sulit
3 tahun
Lambat period check upt negatif
Bulan lepas saya period 8/9 tapi bulan ini lambat dtg period check upt negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid lewat dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid yang terlewat sering berlaku kerana gangguan hormon dalam badan. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gangguan hormon. Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan ataupun berkurangan
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
Selain itu, kehamilan juga boleh menyebabkan haid terlewat. Kemungkinan ujian UPT anda menunjukkan keputusan negatif kerana ia diambil terlalu awal. Anda boleh mengambil ujian UPT sekali lagi selepas 10 hari dari tarikh haid terlepas anda. Jika keputusan tersebut masih negatif, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor supaya punca haid terlewat anda dapat diketahu. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan