
Sulit
3 tahun
Layakkah menerima Vaksin selepas pulih
Saya tlh mendapatkan 1st dose, kemudian disahkan positif covid, skrg sy telah disahkan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari. Temujanji 2nd dose dijadualkan dlm masa terdekat ini. Adakah sy layak utk menerina 2nd dose atau sebaliknya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui sama ada anda layak menerima dos kedua vaksin COVID-19 apabila telah disahkan positif COVID-19 pada dos pertama. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, apabila seseorang dijangkiti COVID-19 dalam jangka masa antara dua dos vaksinasi, sebaiknya perlu menunggu 2-4 minggu terlebih dahulu atau setelah semua simptom/gejala COVID-19 sudah sembuh. Untuk kepastian, anda boleh bercakap dengan mengenai hal ini selain memberitahu kondisi anda kepada pegawai perubatan di pusat vaksinasi.
Soal layak atau tidak, jawapannya ya, anda layak untuk menerima dan melengkapkan dos vaksin tersebut.
Anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi bagi mendapatkan penerangan selanjutnya.
Anda juga boleh menghubungi Talian CPRC di:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini