
Sulit
4 tahun
Lebam di lelangit kerana seks oral
Sebentar tadi saya melihat satu video di aplikasi tiktok menjelaskan bahawa seks oral boleh menyebabkan lebam di bawah lelangit, persoalannya, adakah ia boleh hilang dengan sendiri atau kekal sampai bila bila? Kalau boleh hilang, berapa lama masa diambil untuk hilang ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lebam yang berlaku.
Untuk makluman anda, terdapat beberap penyakit yang boleh menyebabkan gejala senang lebam:
- Sindrom Cushing (Penyakit cushing)
- Penyakit darah kurang sel platelet
- Hemofilia A atau B (penyakit pembekuan darah yang lemah)
- Penyakit hati
- Kurang nutrisi
- Penyakit von Willebrand
- Kekurangan vitamin K, C dan B
- Memakan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan steroid.
- Memakan makanan supplemen organik seperti minyak ikan, ginseng, vitamin E , dan halia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda sekali lagi sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan berpanjangan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.