Sulit
2 tahun
Leher kembang di bahagian nadi (leher sebelah kanan)
Saya lelaki umur 18 tahun, nadi di leher(kanan) saya kembang sedikit dan berasa sakit. Berlaku selepas pulang bersukan(bermain bola). Tidak terlalu sakit, tpi sakit bila di tekan sahaja. Kenapa boleh kembang ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit pada leher dan terdapat bengkak (kembang). Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah:
- radang tekak
- masalah kelenjar tiroid
- masalah kelenjar air liur
- radang tonsil
- alahan/alergi
- limfoma
- kista
- abses
- penyakit autoimun
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan bantuan pakar perubatan kami untuk mengenal pasti masalah anda.