
Sulit
4 tahun
Lendir bercampur darah dan haid lewat tapi keputusan HCG test negatif
Saya wanita berusia 31 tahun. Menyusukan badan sepenuhnya bayi berusia 8 bulan. Telah datang haid waktu bayi berusia dua bulan lagi dan haid teratur sehinggalah bulan lepas tiada haid dan dah lewat 43 hari.Tiga hari lepas ada kelihatan spotting keluar bersama lendir. Banyak kali dan masih lagi keluar sehingga hari ini. Tiada rasa apa apa sakit pada bahagian perut. Dah buat HCG test negatif. Darah apa yang keluar sebenarnya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan spotting yang keluar bersama lendir. Untuk makluman anda, selain kehamilan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Anda boleh lakukan ujian kehamilan untuk mengetahui status anda setelah lewat haid 7-14 hari. Sekiranya spotting ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih