
Anonymous
2 tahun
Lendir berdarah selama 3 minggu
saya wanita berumur 32 tahun, sudah berkahwin selama 6 tahun dan belum ada anak. selepas haid berhenti saya telah bersama dengan suami tetapi ke esokan harinya saya mengalami lendir berdarah berwarna coklat dan kadang berwarna merah selama 3 minggu. saya juga mengalami sakit belakang pingang pada masa yang sama. ini pertama kali saya mengalaminya. adakah ini petanda saya mempunyai penyakit kanser?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi ini. Antara penyebab anda mengalami pendarahan berpanjangan adalah:
- Masalah haid berpanjangan yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti hormon tidak seimbang atau ketumbuhan fibroid
- Masalah pendarahan pada cerviks
- Radang pada kawasan pelvis
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.