
Anonymous
4 tahun
Lendir berwarna coklat
Saya wanita berusia 35tahun. 3 hari lepas saya ada tanda² seperti period…seperti breast bengkak, sakit dibahagian belakang dan perut. Tapi hanya lendiran berwarna koko gelap dan kadang² koko cerah sahaja yang keluar. Saya ada buat ujian UPT tapi (-). Dan period saya masih belum lewat memandangkan period saya bulan lepas ialah pada 15/04/19. Adakah saya mengandung? Untuk pengetahuan doktor saya tidak mengamalkan apa² ubat dan makan secara sihat.
Mohon doktor bagi pengcerahan.
Sekian, terima kasih.

6 tahun
Waalaikumsalam dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca yang boleh menyebabkan keluarnya cecair tersebut adalah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Kemaluan wanita biasanya mengeluarkan lendir bagi menjaga kelembapan kawasan faraj
- Kesan dari Postinor
- Spotting yang keluar sebagai tanda awal kehamilan
Sekiranya anda turut mengalami masalah demam, faraj berbau, atau sakit ketika kencing, ia mungkin menandakan anda mengalami jangkitan kelamin.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut amat diperlukan. Oleh itu anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.