
Sulit
4 tahun
Lendir perang/kemerahan
Sy baru melahirkan anak pada disember 2020. Skrg anak berusia dua bln 9 hari, fully breastfeed. Baru baru ni sy ada bersama suami selepas habis pantang 44 hari. Selepas tu sy turun darah seperti haid selama 9 hari. Selang seminggu slps haid kering sy perasan ada lendir seperti keputihan tp berwarna perang/kemerahan keluar. Suhu badan sy juga meningkat sejak akhir2 ni. Adakah kebarangkalian utk sy hamil meski suami pakai kondom? Buat masa skrg sy tidak mengambil sebarang pil atau suntikan perancang. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Darah nifas
- Pendarahan dari rahim
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Walaupun penggunaan kondom dapat mengurangkan risiko kehamilan dengan banyak tetapi, terdapat juga kes dimana kondom boleh koyak atau pecah dan ini boleh menyebabkan kehamilan. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami gejala sedemikian dan perkara ini memerlukan perhatian doktor dengan segera.
Sila jumpa doktor degan segera juga jika anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Sakit ketika membuang air kecil
- Kerap membuang air kecil
- Terdapat cecair atau nanah yang keluar daripada faraj anda
- Sakit perut
- Sakit di bahagian ari-ari
- Lemah
- Loya dan muntah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.