
Sulit
4 tahun
Lendir warna koko sama ada darah haid atau tanda pregnant
Hi.
Saya bersama dengan suami 30.10.2020 dan period 7.11.2020.
Sepatutnya period saya untuk bulan 12 adalah 6.12.2020. Period saya dah lewat 5 hari kalau masuk hari ni. Dan semalam iaitu 9.12.2020 ada lendir koko sikit ja. Dan hari ni iaitu 10.12.2020 pun ada lendir koko sikit jugak… pada pagi 10.12.2020 saya telah buat check upt di rumah menggunakN upt brand clear blue jenis line dan resultnya negatif. Jadi saya tak sure itu darah haid atau tanda saya pregnant. Saya tak sure. Bagaimana ya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan spotting yang keluar bersama lendir. Untuk makluman anda, selain kehamilan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi samada darah haid atau darah implantasi kandungan, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Anda boleh lakukan ujian kehamilan untuk mengetahui status anda setelah lewat haid 7-14 hari. Sekiranya spotting ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih