Sulit
5 tahun
Letih,mengantuk,sakit kepala, hilang selera makan dan kurang berat badan
Saya remaja perempuan berumur 15 tahun. Saya kerap sakit kepala. Saya selalu mengantuk walaupun dapat tidur yang cukup. Saya juga cepat penat. Saya rasa sukar untuk bernafas walaupun buat kerja ringan. Saya kurang selera makan dan kurang berat badan. Kadang2 saya rasa sakit belakang semasa duduk. Bila saya letih saya tak larat untuk bangun ataupun angkat telefon.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah seperti yang dikatakan di dalam ruangan soalan:
- Kemurungan
- Kebimbangan atau gelisah (anxiety)
- Panik
- Kekurangan darah (anemia)
- Hipoglisemia; disebabkan anda kurang makan dan hal ini menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian
- Asma
- Jangkitan paru-paru
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami memerlukan maklumat lanjut mengenai keadaan anda. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Masih mengalami sakit dada dan sukar bernafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Buat masa ini, anda boleh lakukan perkara ini:
- Meluahkan perasaan anda sekiranya anda sedih dan letih
- Makan dengan kerap tetap dalam kuantiti yang sedikit untuk menambah tenaga
- Melakukan latihan pernafasan
- Bermeditasi
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.





































