Sulit
5 tahun
Lewat datang haid selama 9 hari
Saya wanita berusia 27 tahun…saya ada melakukan hubungan intim bersama pasangan dan terus mengambil pil postinor tidak lebih daripada 72 jam., ttapi pada bulan ini.,sepatutnya kitran haid sya bermula pada tanggal 15/12/20 tapi smpai skg tanggal 23/12/20 sya masih blum dtg haid.,adakah sya mngandung.,? Tapi sya dah makan ubat dan tidak melebihi 72 jam.,atau kesan makan postinor? mohon pencerahanNya doktor?
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pengambilan pil perancang kecemasan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda risau tentang kehamilan, anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

























