Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lewat datang haid, UPT positif tetapi keesokkan hari negatif selama dua hari berturut

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 22, 2020 1:52 AM

Sulit 2 bulan

Saya berusia 27tahun post czer pada Jun 2019. Saya terlewat datang haid dan UPT menunjukkan saya hamil 1-2weeks. Keesokkan hari saya test semula upt menunjukkan negatif (single line). Selama 2 hari berturut. Apakah kemungkinan keadaan saya sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Sala sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Menurut daripada situasi yang anda perihalkan mengenai ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) anda baru-baru ini, ia mungkin menunjukan keputusan positif palsu (false positive) mengenai kehamilan, ataupun ia boleh disebabkan masalah teknikal. Untuk makluman anda, ujian UPT ini berfungsi untuk mengesan kehamilan melalui kandungan hormon B-HCG dalam air kencing yang dirembeskan sekiranya persenyawaan berlaku.

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Walaubagaimanapun, kami menjangkakan bahawa keputusan ujian UPT anda boleh dijelaskan oleh suatu kondisi dikenali sebagai Chemical pregnancy, dimana persenyawaan antara sperma dan ovum telah berjaya, namun telah gagal untuk meneruskan implantasi ke dalam rahim bagi penghasilan janin yang sihat. Ini selalunya disebabkan oleh masalah rahim seperti:

  • Ketumbuhan fibroid
  • Parut pada rahim yang selalunya disebabkan oleh Caesarian Section yang dilakukan pada kehamilan lepas
  • Anomali bentuk rahim yang tidak normal sejak lahir.
  • Hormon yang tidak seimbang

Namun, ujian UPT anda juga boleh menunjukan positif palsu yang boleh disebabkan oleh :

  • Cara penggunaan UPT yang salah. Sila baca dengan teliti mengenai waktu penggunaan yang sesuai serta cara menggunakannya dengan betul.
  • Alat atau kit UPT anda telah tamat tempoh (expired)
  • Anda telah mengambil ubat kesuburan
  • Kehamilan ektopik
  • Keguguran yang baru sahaja berlaku sebelum ini yang boleh menyebabkan sisa HCG tertinggal didalam badan.

Kami sarankan anda mencuba sekali lagi untuk mengambil ujian kehamilan melalui air kencing (urine pregnancy test) ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat mengenai status kehamilan anda. Sekiranya ujian UPT anda adalah negatif setelah mengulangi ujian tersebut, maka anda mungkin menghadapi Chemical Pregnancy seperti yang diperihalkan di atas. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami haid yang lewat atau tidak teratur yang berlarutan lamanya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Tue Sep 22 2020 01:52:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
nshahirahradzuan
UPT test c kabur, t pekat walaupun saya sudah terminate my pregnancy on last month Saya berumur 24 tahun dan berkahwin, tidak merancang utk mempunyai anak setakat ini. Namun pd Oct saya disahkan hamil 4 minggu & saya memilih utk terminate the pregnancy. Harini, 12/11 i did another U… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Pregnant atau tidak pregnant Hi doctor.boleh ke opk mengesan pregnant? Apakah maksud opk positif selama 4 hari berturut walaupun jangka masa period saya akan dtg 2-3 hari lagi. Opk telah menunjukkan negatif sebelum positif.… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Opk positif tapi period lagi seminggu Hi doctor, Seminggu lagi saya akan period tapi saya buat OPK baru baru ni, result positif selama 4 hari non- stop( T&C mmg terang, 2 line) Adakah bermaksud saya subur dan saya boleh bersama temp… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Tanda awal hamil sangat jelas tapi tidak hamil Saya wanita berumur 19an dan telah berkahwin ketika 02/9/2020. Selepas dua minggu tarikh bersetubuh (24/9/2020) saya telah mengalami tanda awal hamil bermula 11/10 seperti mudah loya ,senang ber… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Perancang dan tidak datang haid selepas last cucuk perancang pada 2/6/2020..adakah boleh saya mengandung? Saya berumur 33…Dan slps kelahiran ank ke 2…sy gunakan cuck perancang…last sy cucuk 2/6/2020…dan sekarang sy tidak ambil lg cucuk perancang dan boleh ke sy mengandung lg dlm jangka masa ini…sbb … Baca lagi...
4 hari